hari ni dah hari jumaat tp mcm lambat je masa berlalu.. kepala asik pening je, lunch plak mkn buah nenas n ciku je.. nak sembang pun xtau apa topik yg menarik.. ok, meh la kita bukak topik merancang keluarga or family planning dlm bahasa omputehnya.. still topik anak/ family kihkihkih..
ok, setiap pasangan yg berkahwin mesti la nak anak kan? tp tu depends jugak..ada yg nak berhoneymoon dulu puas2 sblm menambah ahli keluarga.. ada plak yg lps kawen terus plan utk ada anak, and ada jgak yg bunting pelamin =)
merancang keluarga dlm islam adalah harus.. majoriti lps kawen baru nak mulakn hidup baru..byk duit dah habis utk kenduri, so kena start blk kumpul duit utk keperluan yg lbh selesa.. masa yg diperlukan tu membuatkn sesetengah pasangan plan utk ada anak bila hidup dah stabil.. benda ni x salah pun cuma biasa la masyarakat kita ni selagi x mengandung selagi tu dok tanya 'bila nak ada isi'.. ni soalan standard rasenya huhu.. bila x kawen asik la dok tanya bila lg nak kawen.. dah kawen dok tanya plak bila nak ada anak.. dah ada anak kang tanya plak bila nak bagi adik kat anak ni.. last2, soalan x habis2.. kot ye pun bagi la bernapas sikit.. ni lps satu, satu.. bkn senang nak puaskn hati semua org kan?
ada jgak kes yg pasangan diorg tu sakit yg menghalang diorg dari menambah ahli keluarga.. ha kalau kes yg ni x payah la nak bagi pressure kat diorg kan? patutnya support la diorg.. kdg2 allah x bagi kita anak lg sbb tahu tahap kemampuan kita mcm mana.. so, settlekn la mslh satu2.. jgn plak bila dah ada anak, anggap anak tu sbg bebanan.. anak tu kan rezeki dari allah utk pasangan yg dah berkahwin.. psng yg PJJ pun sesuai amalkn family planning ni.. yela kang isteri ni sakit pening sorg2 suami jauh takde dpn mata :p
dan saya rasa ada jgak pasangan yg nak honeymoon puas2.. nak puas hidup berdua.. bila berdua nak jalan sana sini pun senang.. x payah nak pikirkan keperluan anak.. bila dah ada anak, kita kena la lebihkan anak.. cari tempat yg sesuai utk bawak anak.. xkan bila nak pegi bercuti je hantar anak ke umah parent/ in law.. wah3 mcm tu best la eh.. x pasal plak dirg nak jaga anak kita..
so, kpd pasangan yg baru kawen/ nak kawen korang discuss la dulu dgn pasangan masing2 bila waktu yg sesuai utk korang ada anak.. adakah korg betul2 bersedia nak menambah family.. fikirkan quality bkn quantity :p.. ingat la setiap anak tu membawa rezeki..