Tuesday, May 27, 2014

DIY Bunga Telur

Salam..

Waktu buat preparation nak kawen dulu, kalau blh semua benda nak DIY hihi. yela semua tu kan akan jadi kenangan. walaupun penat nak prepare semua benda, tp rasa puas hati je sbb sebab rasa berbaloi penat lelah semua.. salah satu yg saya DIY ialah bunga telur, utk diletakkan dekat pahar tepi pelamin. siap masuk kelas buat bunga telur lagi tu.. punya la semangat haha

plan nak buat 100 pcs je. x payah buat banyak2 sbb rasanya x ramai pun yang nak merenjis nanti kihkih. ni pun buat dalam 6 bulan sebelum majlis. seksa sgt rasanya. rasakan nak DIY sgt T_T

Bahan-bahan:
1. kertas crepe
2. Dawai
3. Pelilit hijau
4. Lidi
5. Gunting



mula-mula korang potong la kertas ikut saiz and berapa lapis yang korang nak. mcm sy nak buat bunga tu colourful, so sy guna 7 kaler yg berlainan =)


dah siap potong, korang satukan kesemua lapisan and lipatkan mcm nak buat kipas. then ikan kat tengah2 dgn benang sebijik mcm gambar kat atas tu.


then korang kembangkn bagi jadi mcm gambar kat atas ni. kalau rajin, sebelum kembangkn korang potong separa bulat kat hujung kertas supaya nanti kelopak dia jadi cantik. lepas tu setiap lapisan kena bukak secara berselang-seli kiri and kanan. kalau korg bukak kanan je semua, then baru bukak kiri nanti bunga tu jadi tak cantik. sori xde gambar pulak utk step ni, so paham2 sendiri hehe


nak senang korang buat mcm saya. buat dulu bunga tu banyak2, dah nak dekat majlis baru bukak lipatan supaya bunga tu tak penyek kalau bukak sekaligus.


tadaaa.. ni contoh bunga pahar saya. cantik kan? hehe.. nampak berseri sbb colourful gitu..

selamat mencuba =)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...