Friday, June 29, 2012

family planning

image dari incik gugel


hari ni dah hari jumaat tp mcm lambat je masa berlalu.. kepala asik pening je, lunch plak mkn buah nenas n ciku je.. nak sembang pun xtau apa topik yg menarik.. ok, meh la kita bukak topik merancang keluarga or family planning dlm bahasa omputehnya.. still topik anak/ family kihkihkih..


ok, setiap pasangan yg berkahwin mesti la nak anak kan? tp tu depends jugak..ada yg nak berhoneymoon dulu puas2 sblm menambah ahli keluarga.. ada plak yg lps kawen terus plan utk ada anak, and ada jgak yg bunting pelamin =)


merancang keluarga dlm islam adalah harus.. majoriti lps kawen baru nak mulakn hidup baru..byk duit dah habis utk kenduri, so kena start blk kumpul duit utk keperluan yg lbh selesa.. masa yg diperlukan tu membuatkn sesetengah pasangan plan utk ada anak bila hidup dah stabil.. benda ni x salah pun cuma biasa la masyarakat kita ni selagi x mengandung selagi tu dok tanya 'bila nak ada isi'.. ni soalan standard rasenya huhu.. bila x kawen asik la dok tanya bila lg nak kawen.. dah kawen dok tanya plak bila nak ada anak.. dah ada anak kang tanya plak bila nak bagi adik kat anak ni.. last2, soalan x habis2.. kot ye pun bagi la bernapas sikit.. ni lps satu, satu.. bkn senang nak puaskn hati semua org kan?


ada jgak kes yg pasangan diorg tu sakit yg menghalang diorg dari menambah ahli keluarga.. ha kalau kes yg ni x payah la nak bagi pressure kat diorg kan? patutnya support la diorg.. kdg2 allah x bagi kita anak lg sbb tahu tahap kemampuan kita mcm mana.. so, settlekn la mslh satu2.. jgn plak bila dah ada anak, anggap anak tu sbg bebanan.. anak tu kan rezeki dari allah utk pasangan yg dah berkahwin.. psng yg PJJ pun sesuai amalkn family planning ni.. yela kang isteri ni sakit pening sorg2 suami jauh takde dpn mata :p


dan saya rasa ada jgak pasangan yg nak honeymoon puas2.. nak puas hidup berdua.. bila berdua nak jalan sana sini pun senang.. x payah nak pikirkan keperluan anak.. bila dah ada anak, kita kena la lebihkan anak.. cari tempat yg sesuai utk bawak anak.. xkan bila nak pegi bercuti je hantar anak ke umah parent/ in law.. wah3 mcm tu best la eh.. x pasal plak dirg nak jaga anak kita..


so, kpd pasangan yg baru kawen/ nak kawen korang discuss la dulu dgn pasangan masing2 bila waktu yg sesuai utk korang ada anak.. adakah korg betul2 bersedia nak menambah family.. fikirkan quality bkn quantity :p.. ingat la setiap anak tu membawa rezeki..

Wednesday, June 27, 2012

baby yang comel



salam.. after a long silence..sbnrnye x diam sgt pun, ada jgak save music video yg sy suke dgr..tp blog ni diprivatekn kejap sbb nak tukar layout and thanks to my sister yg rajin tlg buatkan (sbnrny kena paksa buatkn :p).. walaupun x tulis kat sini, tp rajin gak jalan2 ke blog lain waktu tgh bosan kat ofis ni..so ari ni meh la kite sembang2 sikit..before that, comel x baby kat dlm pic tu? this is my new niece, nur maryam mashitah. my sister deliver the baby on 19th june 2012.. and topik kita ari ni ada kena mengena sikit dgn baby =)



pagi td waktu breakfast sempat la layan MHI.. and topik utk hari ni pasal perdagangan bayi di negara kita.. kalau x silap negara kita antara yang terbesar terlibat dalam aktiviti ni di asia tenggara.. baby2 ni dijual antara 2k hingga 30k bergantung pada tahap kesempurnaan dan kecerahan kulit baby tu.. fakta ni diberitahu oleh tetamu jemputan MHI tadi, lawyer maaf sy x ingat nama dia..


macam x sanggup je kalau nak jual baby yg comel2 tu.. x rase sayang ke kat anak lps 9 bln lebih susah payah nak mengandungkn baby tu..and sorry to say bagi saya aktiviti perdagangan baby ni mcm menggalakkn lagi aktiviti zina.. sbb apa? sbb diorg tahu bila dah pregnant, they all blh bagi baby ni kat sindiket2 yg uruskn penjualan baby ni, and dari situ diorg blh dpt duit lg.. and ada juga gadis2 yg dibuang family akibat mengandung anak luar nikah akan dicari oleh sindiket ni.. apa yg sy faham, ada sindiket atau org tengah yg akan uruskan ibu si bayi ni di mana si ibu ni diberi tempat tinggal dan ditanggung bil hospital utk bersalin..


tp ada jugak kes yg bila dah ditanggung mkn pakai and tempat tinggal, dan dah sign surat perjanjian si ibu ni mcm sayang nak bagi anak dia.. yela, sayang kot kucing pun sayang anak kan.. bagi kes mcm ni lawyer td bgtau blh la report kat police sbb perjanjian td dikira tak sah.. sbb apa x sah? sbb apa2 aje aktiviti yg melibatkn pemberian duit (bagi anak, dpt duit) adalah menyalahi undang2.. kdg2 mangsa xtau pasal undang2 so diorg terpaksa bagi jgak baby tu.. so skrg ni kita dah tau la yg perjanjian tu invalid..


then, td ada jgak penonton MHI yg call and bgtau ada jgak group dekat FB yang amik baby dari ibu yg x mau (ex anak luar nikah) and cari org yg nak anak angkat.. the parents still kena bayar as cost tanggung bil hospital dan sebagainya.. benda ni jugak dikira menyalahi undang2 sbb melibatkan pemberian duit walaupun niat diorang nak membantu orang.. still salah ye.. klu nak amik anak angkat kena ikut la prosedur yg betul pegi ke JKM etc.


and td jgak dpt info dari pemanggil, kalau tak nak amik anak angkat direct from JKM (sbb prosedur and waktu yg panjang) diorg blh jgak ke hospital bhgn kebajikan klu x silap.. kat situ ada la baby yg org xnak, so kita blh ckp nak amik baby ni sbg anak angkat.. tp still ada prosedur, kena isi form and kena jgak ke mahkamah memohon utk jadikn baby ni sebagai anak angkat. cuma myb prosedur dia tak selama dari JKM sbb org pun queue jgak kan nak amik anak angkat ni..


bg saya, kita kena ikut prosedur yg betul dan mengikut undang2.. sbb bila dah amik baby dr sindiket, kdg2 sesetengah parent ni mendaftar baby tu bawah nama diorg sedangkn diorg pun tau tu bkn la anak kandung diorg.. kat situ dah salah dah..sepatutny berbin/binti kn abdullah tp diorg letak nama sendiri.. kat sini dari sindiket smp ke parents angkat smp ke pengeluar sijil tu dikira bersalah sbb bersubahat dlm perkara yg x betul.. and bila dari mula lg kita dah ikut jalan yg salah, tak mustahil akan dtg byk masalah yg akan timbul..


ha, panjang plak entry ni. mcm mengulas blk topik dlm MHI td pun ada hehe.. apa2pun byk info yg blh kita dapat dr topik ni, and yg penting kita kena la ikut undang2 yang betul..klu ada keraguan rujuk la pihak2 tertentu.. biar jalan yang diambil tu lambat and panjang, asalkn x menimbulkn mslh di kemudian hari.. kita nak membina keluarga biarla perjalanan tu diberkati..insyaAllah..

Monday, April 16, 2012

running man

huwaawaa.. handphone gue rosak.. bengang giler rasa!!

hari ni nak story 2 cerita.. 1 best, 1 lg x best.. tp yg x best dah bgtau pun kat intro tu :p
semalam dah selamat pegi beli dulang hantaran mcm yg tgk dgn mak hari tu.. melayang pitih..
abis la borong kat kedai tu smp yg display pun sapu jgak.. ate nak cukupkn 9 dulang..
nasib 9 je, kalau byk pengsan haku! so, nnt sape2 yg nak guna lbh dari 9 pandai2 la ek cari tambah yg lebih kurang sama je..


lebih kurang camni la dulang tu =)

then, dah beli dulang hantaran tu off ke aeon.. waktu ni la handphone tu buat hal.. patut la sunyi sepi x berbunyik handphone tu..check2 tgk dah mati pun.. on blk hang plak.. 2-3 kali on and off smp kat rumah.. battery dah fully charged pun x blh nak on.. hangin btl!  nasib ada handphone mak, guna la kejap.. huhu nak beli handphone baru, pitih takdok..

dah tu, konon2 hari ni nak start la puasa ganti.. nak abiskan baki lg 4 hari.. siap suruh mak kejut pukul 5 pagi nak sahur.. sekali nan hado.. tekak rasa panas bahang giler, x larat nak ousa camni.. ni dah minum air berbotol pun still bahang.. haila, xde mood btl hari ni :(

Thursday, April 12, 2012

update terkini :p

salam semua.. dah lama x tulis blog ni.. takde cerita yg nak ditulis dlm blog ni.. kalau ada pun takde mood nak tulis huhu..

nak cerita pasal keje la.. skrg ni sy under company kerang, tp for the next two months we will move into the new company; it is oman's company. the reason is because our business in malaysia has been sold, they want to focus more in oil business.. so they will let go gas business as we only contribute small amount in their profit.. wah speaking hehe.. nak practice english :p

so, after SPA signing this month and complete handing over, plus minus in july we would join the new company, will introduce the same product but with the new brand to the community.. so, the good news is all contract staff will be converted into permanent staff in the new company. the bad new is we as a contract staff are not entitled to get 4 months bonus like permanent staff as they (the new co) already give us permanent status. what to do, takde rezeki.. but shukran because we are entitled to enjoy another benefits as current permanent staff get now.. so sape nak bagi kan? bersyukur and kita apply konsep redha di sini.. err redha ke pasrah? :p

for personal life, we are considering to get engaged after almost 7 years being together. so, please pray the good for us. the progress will be updated soon (kalau rajin hehe)..

p/s: nak cincin mcm atas ni bleh? herherher :p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...